
Sulit
4 tahun
Adakah saya ni pregnant?
Hi , saya ade history pcos… saya on tab metformin 500mg bd… Lepas 2mnth on treatment , period saya delay… Pada hari first saya try check upt dan result dia double line tapi samar2… Saya check upt hari2 and the results still same… Samar… Sampai laa hari ke 8… Kadang2 ada spotting bledding pada mlm hari… So soalan saya , adakah saya ni confirm pregnant atau atas sebab faktor hormone saja ??

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Anda perlu ketahui bahawa PCOS tidak akan menyebabkan keputusan positif palsu pada ujian kehamilan. Tetapi beberapa ubat yang digunakan untuk merawat PCOS boleh menyebabkan keputusan positif palsu kerana perubahan hormon. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dahulu untuk mengetahui kesimpulan dalam hal ini kerana pemeriksaan lebih lanjut perlu dilakukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya darah warna coklat/tompokan keluar antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.