Sulit
2 tahun
Adakah selamat pengambilan vaksin sinovac untk ibu menyusu
Mohon penjelasan doktor adakah vaksin sinovac ini selamat untk ibu menyusu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Kami memahami kebimbangan anda mengenai pengambilan vaksin dan untuk ibu menyusu…
Menurut maklumat terkini, hanya vaksin Pfizer Covid-19 yang pada masa ini disyorkan untuk ibu hamil dan menyusu, sementara penggunaan vaksin lain untuk wanita hamil dan menyusu akan diputuskan oleh JKJAV kemudian.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk maklumat lebih lanjut. Sementara itu, terus amalkan kebersihan tangan, memakai topeng muka dan menormalkan jarak sosial / fizikal.
Hubungi CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini