
atikah89_zainol
5 tahun
Adakah solceseryl jelly 10% boleh disapu pada Luka bersunat kanak-kanak g6pd deficiency?
Bersunat pada 18/10/19.Keadaan Luka Masih berair berwarna kuning kejernihan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, penyakit G6PD deficiency adalah penyakit yang membabitkan sistem darah. Oleh itu, ubat sapu tidak akan menyebabkan sebarang kesan kepada kanak-kanak yang mempunyai G6PD deficiency.
Kanak-kanak tersebut sepatutnya mengelakkan diri daripada makanan seperti kacang parang. Solceseryl jelly tidak mengandungi sebarang komponen yang boleh memburukkan penyakit ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.