
Sulit
4 tahun
Adakah tertelan gigi susu bahaya?
Anak saya makan epal, tiba2 tunjuk gusi berdarah n gigi susunya dah tiada. Bila cari, tak jumpa gigi tu. Kemungkinan tertelan. Adakah bahaya? Perlu rujuk di mana? Doctor Perubatan Awam atau Doktor Gigi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Namun begitu, tertelan gigi susu tidak mendatangkan mudarat kepada anak anda kerana gigi tersebut dapat dibuang melalui najis.
Walaupun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor segera sekiranya anak anda menunjukkan gejala ini:
- Sakit perut
- Kesukaran untuk membuang air besar
- Muntah-muntah
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anak anda. Kerana senyumannya anda begitu berharga.
Untuk masalah yang sedang dihadapi, anda perlu merujuk kepada doktor perubatan awam kerana ia melibatkan saluran makanan. Sekiranya perlu, doktor perubatan akan merujuk anda kepada doktor gigi sekiranya beliau mengesyaki sesuatu terhadap gusi dan kawasan mulut anak anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami yang bertauliah. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.