
intsan86
5 tahun
Adakah tiroid bahaya?
Assalammualaikum doktor. Saya intan. Saya berusia 33thn dan mempunyai anak 3 org. Paling kecil umur 7bulan. Bulan lepas, saya mengalami demam on off selama sebulan…dan 2 mggu lepas sya demam menggigil selama 2 jam…nasib ada ubat demam. Ahad malam…baru suami perasan leher saya membengkak.
Sya telah pergi ke klinik kesihatan…masih menunggu result…sampai ke hari nih saya masih lemah…pada sabtu lepas…semasa memasak…saya merasa pitam…dan tiba2 sesak nafas…
Soalan saya… adakah saya mmg tiroid? Dan adakah tiroid blh menyebabkan saya sesak nafas??
Bila saya call hosp sg.buloh…depa suruh tunggu 2 minggu…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia - kurang hemoglobin sel darah merah
- Masalah tiroid - seperti hipertiroid atau hipotiroid
- Dehidrasi - apabila demam, badan akan kehilangan banyak air
- Penyakit asma
Penyakit tiroid memerlukan pemeriksaan serta penilaian makmal bagi pengesahan serta pemberian rawatan yang bersesuaian. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.