
Sulit
4 tahun
Aerola sy berkedut (keliling puting sy berkedut)
Saya wanita berusia 23tahun, belum berkahwin. baru2 ni saya perasan keliling puting sy berkedut bila baring, tetapi tidak bila say berdiri.dahulu sy seorang yg gempal kini badan sy telah susut. selain itu, sy juga tidak mempunyai gejala seperti benjolan mahupun puting keluar cecair. adakah ini tanda sy ada breast cancer.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kanser payudara. Terlebih dahulu saya memuji sikap mengambil berat anda tentang risiko kanser payudara.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Antara tanda kanser payudara:
- Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
- Benjolan hanya ada satu
- Kulit payudara mengecut
- Keluar cairan dari benjolan
- Hanya ada pada satu payudara
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan segera jika anda mendapati tanda tanda kanser payudara. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.