
Sulit
3 tahun
Ahli keluarga positif covid 19 dan kkm masih tidak call untuk swab test
Abang saya dpt result positif setelah membuat swab test di klinik biasa kerana kontak rapat dgn rakan sekerja yg positif. Setakat hari ini sudah 3 hari, kkm masih tidak call untuk langkah seterusnya… Kami telah mengasingkan bilik dan sentiasa memakai mask di dlm rumah, dan sentiasa sanitize laluan serta bilik air yg digunakan. Di rumah saya ada golongan high risk, ibu ayah dan isterinya yg sedang pregnant 2 bulan. Pada hari kedua abg saya kuarntin kendiri di rumah, saya dan ahli kelurga lain telah melakukan test kit dan result test kit isterinya positif manakala ibu ayah dan saya negatif. Saya mahu bertanya, bolehkah sekiranya saya ibu dan ayah yg negatif pindah ke rumah kosong lain kerana tunggu kkm call untk swab lambat lagi. saya risaukan ibu dan ayah saya yg duduk sekali dgn ahli keluarga positif. setakat ini sudah mengasingkan bilik bgi kedua2nya dri awal.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan soalan anda, seorang ahli keluarga anda positif Covid-19 di rumah dan sekarang anda serta ibu bapa yang sudah berumur risau dan berfikir untuk duduk di rumah lain buat sementara waktu. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, 2 dos vaksin Covid-19 yang lengkap mampu memberi 60-99% perlindungan daripada jangkitan. Namun begitu, pematuhan SOP dirumah masih perlu kerana ia bukan kepastian bahawa tiada jangkitan berlaku. Oleh itu, anda boleh berbuat seperti dirancang jika berpindah di rumah kosong tidak menimbulkan masalah bagi anda sekeluarga.
Berdasarkan panduan oleh KKM anda serta kedua ibu bapa disarankan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari kerana tiada gejala jangkitan, sepertimana yang anda telah lakukan. Usaha seperti mengamalkan disinfeksi rumah pada permukaan sepatutnya adalah tepat. Ikhtiar sebegini sudah memadai dalam mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 dalam ahli keluarga
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jabatan CPRC melalui 0388810200/+60178429454. Kami juga akan menyediakan pautan untuk mendapatkan ujian saringan Covid-19. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan doktor kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini