
Sulit
4 tahun
Air Gula semasa hamil
Sy disahkan pregnant & akan diberi tarikh utk minum air gula pada bulan depan… sy kerap melakukan ujian darah sendiri di rumah menggunakan blood monitor.bacaan sy spt:
sebelum makan pg: 5.3
selepas makan : 6. 3
sebelum tidur : 5.9
pertanyaan saya, adakah bacaan ujian darah menggunakan blood monitor di rumah berbeza dgn bacaan minum air gula yg di ambil di lengan? mengikut bacaan ujian di rumah adakah bacaan saya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, bacaan gula dalam darah berdasarkan maklumat yang anda berikan menunjukkan bacaan yang normal bagi ibu mengandung. Namun untuk mendapatkan hasil yang tepat dan betul, anda disarankan untuk merujuk dan membuat pemeriksaan di klinik berhampiran anda.
Bagi info lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.