
Anonymous
6 tahun
Air kencing ada ketulan darah
Saya wanita 20 an…berbadan besar… petang kemarin saya perasan ada ketulan darah di dalam kandungan air kencing saya… dan pada malam itu, air kencing saya jadi ok sahaja sebab tiada ketulan darah… dan sepanjang hari ini pun ok juga… tapi malam ini saya juga nampak ada ketulan darah di dalam air kencing… adakah ini normal ataupun tidak… dibahagian kanan punggung/dibawah perut terasa ada rasa macam tidak selesa… tapi tidak sakit…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman saudara, terdapat beberapa penyebab kencing berdarah. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada salur kencing (kencing kotor)
- Penyakit batu karang
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kecederaan
- Beberapa jenis makanan dan ubat boleh memberi warna merah pada kencing anda
- Masalah dehidrasi boleh memberi warna lebih pekat dari biasa serta air kencing yang sedikit
Anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan bagi masalah ini. Sila ke klinik terdekat atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.