
bpe4090
4 tahun
Air kencing berbuih , kandungan protien dalam air kencing 10 mg/dL
Salam…sy brumur 38 thn…masalah kadang2 kerap rasa nak kencing,sakit pinggang…dah pergi check kat hospital,ambik darah dan air kecing…result = Hati OK,fungsi buah pinggang OK,Dr bg ubat lawas kencing dan antibiotik,selapas telan semua ubat,tak ada apa2 perubahan…rawatan ape yg patut sy buat lg…ada kah ini petanda buah pinggang dah mula rosak…terima.kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebetulnya kencing berbuih yang anda perhatikan adalah bersifat subjektif. Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda mengenalpasti gejala-gejala lain yang anda alami supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang berkaitan dan lebiih tepat.
Antara penyebab umum untuk kencing berbuih adalah:
- kencing dengan pancaran laju
- proteinuria
- dehidrasi
- bahan kimia dalam jamban yang bereaksi terhadap air kencing
- masalah buah pinggang
- ejakulasi retrograde
- akibat ubatan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih