Sulit
6 tahun
Air kencing berbuih selama 4 minggu
Saya seorang ibu kepada 2 org ank dan mengamalkan pil perancang jenama yasmin…saya berumur 29 tahun…sejak kebelakangan ini saya perasan air kencing saya berbuih…saya sering sakit kepala tetapi tidak mengalami kaki sembab…adakah tanda sakit buah pinggang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah buah pinggang (Nephrotic Syndrome)
- Tekanan darah tinggi
- Autoimun Nefritis Lupus
- jangkitan kuman pada salur kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



































