
juuu.petrucci
5 tahun
Air kencing berwarna putih dan berbuih
Air kencing saya berwarna putih tapi berbuih dua hari yang lalu. Adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Air kencing yang berwarna jernih/putih pada kebiasaanya adalah normal. Manakala buih pada air kencing juga tidak menunjukkan gejala-gejala sakit kelamin melainkan jika anda mempunyai gejala-gejala tambahan seperti sakit ketika kencing, darah ketika kencing, kerap kencing serta lendiran berwarna keluar ketika/sebelum kencing.
Sekiranya anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan, anda boleh klik di (DoctorOnCall) untuk bertanya secara privasi dan mengenalpasti permasalahan anda.