
Sulit
3 tahun
Air kencing tak lawas dan akan keluar sedikit pada bila-bila masa meskipun sudah membuang air kecil
Saya lelaki berumur 20an dan saya mengalami masalah air kencing terkeluar sedikit pada setiap masa. Meskipun saya sudah membuang air kencing saya tersebut,namun ia tetap akan terkeluar sedikit dalam kuantiti berapa titis dan perkara ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan aktiviti harian saya dengan sebaiknya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kencing yang tidak lawas. Untuk makluman anda, secara umum, masalah sedemikian boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kencing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih