
Anonymous
5 tahun
Air ketuban lebih 2 cm
Salam doktor saya ingin bertanya adakah bahaya kalau air ketuban lebih 2 cm utk kandungan… Doktor yg scan ckp baby sume oke… Takde kecacatan… Semua lengkap cume air ketuban lebih 2 cm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, kami kurang pasti dengan keputusan ujian imejan kandungan yang anda lakukan kerana tiada maklumat lengkap. Namun begitu, sekiranya doktor memaklumkan kepada anda tentang air ketuban anda lebih, keadaan ini dipanggil polyhydromnia.
Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti diabetes ketika hamil. Ia boleh disebabkan masalah kesihatan bayi anda, namun perlu mendapatkan keterangan doktor yang memantau kandungan anda untuk memastikan perkara tersebut.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.