
fatinnfantastic
5 tahun
Air ketumban dalam perut
Hi doktor. Apakah ada cara/petua supaya air ketumban banyak??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Air ketumban didalam rahim anda tidak boleh terlalu kurang (oligohydramnios) atau terlebih (polyhydramnios) kerana kedua-dua kondisi ini akan membahayakan nyawa janin anda. Sekiranya anda telah di diagnos akan sedikti air ketumban, puncanya perlu diketahui seperti kebocoran air ketumban, buah pinggang janin tidak berfungsi ataupun saluran air kencing janin terganggu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.