Sulit

3 tahun

Air liur apabila ditelan menghasilkan bau yg busuk

Saya lelaki berusia 23 tahun saya menghidap penyakit yang apabila telan air liur akan menghasilkan bau yg busuk sehinggakan org sekeliling dpt baunya… penyakit ni jgk telah mengakibatkan nafas saya jdi berbau sgt…apakah simpton saya ni doktor?

Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah nafas berbau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:

  • Tidak menjaga kebersihan mulut : Ini adalah punca utama nafas berbau busuk. Di dalam mulut, terdapat bakteria yang hidup di permukaan gigi, gusi dan lidah yang menyebabkan bau busuk. Bakteria terutamanya yang hidup di celah gigi dan juga boleh menyebabkan penyakit gusi dan gigi rosak. Bakteria ini lebih aktif dan membiak lebih banyak jika terdapat makanan yang tersekat di celah gigi atau di atas permukaan lidah.

  • Makanan dan minuman : Terdapat beberapa jenis makanan yang berbau kuat dan tidak menyenangkan. Antara makanan yang kuat baunya adalah bawang putih, petai dan rempah ratus. Minuman seperti alkohol dan kopi juga boleh menyebabkan mulut berbau. Kopi juga menyebabkan mulut kering dan menjadikan nafas berbau.

  • ‘Diet’ atau puasa : Apabila kita tidak makan dalam jangka masa panjang yang lama, badan kita akan membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Antara produk yang terhasil adalah bahan kimia bernama ‘ketone’. Tahap ‘ketone’ yang tinggi akan membuat nafas berbau.

  • Mulut kering : Mulut kita sentiasa basah kerana terdapat kelenjar yang menghasilkan air liur untuk membasahi bahagian dalam mulut. Selain dari membantu dalam proses penghadaman, air liur juga berfungsi untuk membersihkan mulut dari bakteria. Punca utama mulut kering adalah tidak minum air dengan secukupnya. Antara penyakit yang menyebabkan mulut kering adalah masalah kelenjar air liur dan Sjogren’s syndrome. Mulut kering juga adalah mengapa di waktu pagi mulut akan berbau kerana penghasilan air liur berkurang pada waktu malam. Istilah bagi mulut kering adalah “xerostomia”.

  • Merokok : Merokok bukan sahaja menyebabkan nafas berbau tetapi juga menyebabkan gigi bertukar kepada warna kekuningan. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat jangkitan gusi yang menyumbang kepada bau busuk di mulut.

Beberapa petua untuk mengelakkan nafas berbau adalah speerti:

  • Gosok gigi setiap hari dan jika perlu lebih kerap dari dua kali sehari. Pastikan anda mengosok dengan berhati-hati tetapi meliputi seluruh bahagian mulut termasuk di celah gigi dan permukaan lidah dan gusi. Berus gigi elektronik mungkin lebih efektif dalam membersihkan permukaan yang susah dibersihkan
  • Ganti berus gigi setiap tiga empat bulan. Terdapat berus gigi mempunyai bahagian berwarna yang akan pudar sebagai peringatan untuk menukar berus gigi tersebut.
  • Berus gigi setiap kali selepas makan.
  • Menggunakan alat pembersih lidah. Ia akan mengesat permukaan lidah dan membuang kotoran di lidah. Gunakan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan lidah.
  • Berkumur dengan ‘mouthwash’. Walaubagaimanapun, ini bukan bermaksud anda tidak perlu menggosok gigi.
  • Bersihkan gigi palsu jika anda menggunakannya. Basuh dengan air suam dan guna berus gigi lain. Jangan guna ubat gigi kerana ia boleh merosakkan gigi palsu.
  • Berhenti merokok. Ini juga langkah yang sangat baik untuk kesihatan.
  • Kurangkan minum alkohol.
  • Kurangkan minum kopi.
  • Minum air putih secukupnya.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!

AdobeStock_130255101

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)