
Sulit
4 tahun
Air liur banyak hingga sy kurang selesa
Sy lelaki berumur 32 tahun,sy banyak air liur hingga sy kurang selesa…kenape ye… thanks

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kelenjar air liur yang terlalu aktif
- pengambilan makanan berkanji yang banyak
- batu dalam kelenjar air liur (siadolithiasis)
- jangkitan kuman dan bakteria pada struktur tonsil, tekak dalam ataupun quincy
- masalah saraf seperti myasthenia gravis, Bell’s palsy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.