
Sulit
4 tahun
Air liur berdarah dan rasa kurang selesa dalam tekak
Saya wanita berusia 20 an, saya kerap mengalami sakit tekak dan sering mengeluarkan air liur berdarah , lebih lebih lagi bila saya bangun pagi. bibir saya juga sangat kering biarpun saya telah banyak minum air kosong/mineral.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah air liur berdarah. Untuk makluman pihak anda, air liur berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Jangkitan bakteria pada gusi
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air. Anda disarankan untuk minum air secara kerap
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana meludah keluar darah cair secara berterusan dengan selalu boleh menyebabkan anaemia atau kekurangan darah. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.