
Sulit
3 tahun
Air liur meleleh dan testis kendur
Doc. Anak saya berumur 4 bulan. Sekarang mengalami demam,air liur meleleh-leleh. Suara agak serak bila menangis. Adakah sebab nak tumbuh gigi? Dan saya dapati testis anak saya jugak kendur. Adakah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anak anda sedang mengalami gejala demam dengan air liur yang meleleh. Selain itu, anda juga memaklumkan bahawa testis anak anda kendur. Kami akan cuba membantu anda.
Seperti yang anda sedia maklum, gejala demam dan air liur meleleh boleh disebabkan oleh pertumbuhan gigi. Namun, kami memerlukan maklumat tambahan bersertakan pemeriksaan fizikal untuk membentuk diagnosis yang tepat. Antara punca lain yang boleh menyebabkan gejala anak anda adalah :
- Jangkitan kuman bakteria pada tekak seperti streptococcal pharyngitis
- Tonsilitis
- Jangkitan virus seperti yang dilihat pada Hand, Foot, Mouth disease
Sila rujuk perkara ini kepada doktor untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anak anda.
Mengenai masalah testis kendur anak anda, kami perlu memperoleh maklumat tambahan untuk memudahkan kami mencapai diagnosis. Hal in kerana testis kendur boleh berlaku disebabkan perubahan fisiologi yang normal ataupun kerana masalah kesihatan lain. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor.
Anda boleh menghubungi pakar kanak-kanak kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.