
Sulit
4 tahun
Air nira nipah untuk buah pinggang
hi doc,air nira nipah sesuai tak untuk pesakit buah pinggang tahap 3

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.
Pengambilan sebarang jenis makanan atau minuman sebaiknya perlu mendapat nasihat daripada doktor umum mahupun doktor pakar. Ini untuk memastikan ia sesuai dan diperlukan atau sebaliknya. Hal ini kerana bagi sesetengah individu, minuman tersebut mungkin baik bagi mereka, namun tidak bagi sebahagian individu lain, malah mendatang kemudharatan yang dapat merosotkan kondisi buah pinggang.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Sedikit tentang air nira nipah, secara umumnya KKM telah melabelkan ‘air Bahar’ (air nira kelapa yang diperam bersama kulit kayu dari pokok rosok) sebagai salah satu minuman alkohol. Umum sedia maklum minuman alkohol memang tidak baik untuk kesihatan. Jadi saya sarankan anda menjauhinya.
Namun sekiranya yang dimaksudkan bukanlah ‘air Bahar’, tetapi air kelapa biasa, ia tetap tidak disarankan kerana umum sedia maklum bahawa air kelapa tinggi kandungan potasium. Ini dapat memperberatkan lagi kondisi buah pinggang anda.
Saya nasihatkan anda untuk teruskan dengan rawatan konvensional dari pihak hospital. Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan dan suplemen yang lebih tepat boleh di anjurkan, pemeriksaan dan perbincangan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.