
Sulit
3 tahun
Air Otak Mengalir Dan Mudah Pening Dan Pitam
Assalamualaikum Saya Adam , Pada Tahun 2013 Saya Pernah Telibat Dengan Satu Kemalangan Dan Pederahan Di Otak Yang Sangat Serius Dan Saya Juga Sudah Menjalani 2x Pembedahan Di kepala , Selain Itu Kepala Saya Telah Di Masukkan Besi Plate Di Bahagian Dahi , Jadi Adakah Bahaya Air Di Otak Mengalir Kerana Kini Saya Menghadapi Masalah Itu

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan ini
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Adalah benar trauma kepada bahagian kepala boleh mengakibatkan situasi di mana air otak mengalir dari hidung.
Kami menyarankan anda untuk segera ke hospital jikalau anda mempunyai simptom sebegini kerana masalah ini sangat berbahaya.
Tolong jangan mengabaikan simptom sebegini.
Radang meninges merupakan kondisi yang bahaya dan merupakan komplikasi air otak mengalir.
Terdapat beberapa simptom lain yang boleh mengiring situasi ini.
Antaranya:
- Sakit kepala yang teruk apabila berdiri
- Perubahan visual
- Perubahan pendengaran
- Muntah-muntah
- sensitif kepada cahaya
- Kekejangan leher
- rasa yang ganjil di mulut
Anda disarankan tidak mengabaikan simptom sebegini dan untuk maklumat lanjut,anda boleh berbincang dengan doktor melalui konsultasi atas talian.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar bedah otak