
Sulit
4 tahun
Akan mengalami sakit kepala,dan pemandangan menjadi samar samar, nafas juga agak laju
Saya remaja perempuan 15 tahun, saya akan mengalami kepala yang berdenyut apabila saya terkena panas,bangun dari perbaringan, bangun dari duduk dan tidak boleh berada dalam keadaan yang sempit serta crowded…pernafasan akan menjadi laju serta pemandgn akan mejdi samar samar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda berdasarkan kenyataan yang anda berikan:
- Tekanan darah tinggi
- Migrain
- Tension headache
- Masalah psikologi: Tekanan atau stress, kemurungan (depression) atau keresahan (anxiety)
- Masalah jantung
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda hadapi. Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dan membuat pemeriksaan bersama dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui. Untuk maklumat anda juga, perkara ini perlu diberi perhatian kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah lain dan kemungkinan ia boleh membawa mudarat kepada anda.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.