
Sulit
3 tahun
Aktiviti bersauna di rumah selepas mengambil vaksin
Doktor saya keliru dengan aktiviti berat dan bersauna kerana kedua dua aktiviti tersebut mengeluarkan peluh. Soalannya adakah bersauna dibenarkan jika kita baru mengambil vaksin dalam 2,3 hari yang lalu kerana aktiiviti sukan berat dilarang untuk kita lakukan sekiranya kita baru mengambil vaksin tetapi bagaimana kalau kita bersauna pula adakah aktiviti tersebuat tidak dibenarkan juga ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegiatan lasak seperti berenang, berbasikal dan berlari seharusnya dielakkan buat seminggu selepas menerima suntik dos pertama dan kedua vaksinasi COVID-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam nasihat terkininya. Berlari-lari anak, mengangkat besi yang berat, sukan kompetitif, pendidikan fizikal serta sukan-sukan bola dan raket juga seharusnya dielakkan.
Selain itu. menurut MOH, kegiatan fizikal yang dianggap “selamat” termasuk senaman regangan atau bekerja sambil berdiri, “berjalan santai” dan kerja rumah.
Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini