
Sulit
3 tahun
Alahan hamil positive covid
Doktor saya nak tanya,saya positive covid 19 masa hamil 10 minggu…Saya demam hari pertama dan sekarang dah sembuh hanya tinggal deria bau sahaja…Masalahnya sekarang mabuk hamil saya makin teruk,saya kerap muntah dan kadang semput nafas.Hari ni adalah last kuarintin saya di rumah…Adakah mabuk hamil saya ada kaitan dengan covid?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, mabuk hamil adalah gejala umum ketika kehamilan, ia tidak berkaitan dengan jangkitan covid. Gejala ini disebabkan oleh perubahan hormon pada badan wanita mengandung. Sesetengah wanita bergejala teruk perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dan mungkinnya masuk hospital jika sukar minum, kerap muntah, sukar buang air kecil, penurunan berat badan secara ketara dan lain.
Selain itu, sekiranya gejala pada sistem penafasan anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu Dan Anak (Obstetrician).