
Sulit
4 tahun
Alahan mengandung Teruk
Sy mengalami alahan mengandung yang teruk. Sampai hilang selera makan…kadang minum air kosong sahaja boleh buat saya muntah. Badan saya lesu sakit .saya tak boleh bau orang memasak. Pasti saya akan muntah . Bila saya berdiri lama,akan menyebabkan saya ingin pitam.kenapa ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hyperemesis gravidarum; keadaan di mana wanita yang hamil muntah secara berlebihan
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Hiperglisemia (terlebih gula di dalam darah)
- Anemia (kurang darah merah)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda hamil dan perkara ini memerlukan perhatian doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.