
Sulit
3 tahun
Alahan sakit perut apakah hamil
Saya marlinah ,ingin bertanya apakah wanita hamil d usia muda boleh merasa kan kesakitan Perut ,cirit birit ,dan bila makan sesuatu akan d muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah sakit perut yang dialami dan ini amat mengganggu dan memerlukan perhatian doktor lebih-lebih lagi sekiranya anda hamil. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit perut, cirit-birit dan muntah semasa hamil merupakan gejala yang perlu diperiksa oleh doktor kerana ia boleh melibatkan kesihatan janin anda pada masa yang sama.
Anda dinasihatkan untuk pergi ke klinik atau hospital berhampiran untuk diperiksa dengan segera supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.