
Sulit
3 tahun
Alahan ubatan dan tangguh vaksin
Saya wanita 30an. Saya pernah mengalami angin di perut yang sangat kuat. Doktor pernah memberikan ubat yang salah kepada saya. Akibatnya, mata putih saya bertukar warna kekuningan. Saya ingin menangguhkan vaksin ini kerana sangat risau dengan kesan sampingan yg bakal saya alami. TIada siapa yang boleh bertanggungjawab terhadap saya kecuali diri saya dan keluarga saya jua.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garis panduan vaksinasi terkini, ramai individu dengan alahan telah dibukti layak untuk terima suntikan vaksin Covid. Untuk mengetahui kelayakan anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor anda untuk mengetahui apa ubat atau bahan alahan anda.
Sekiranya anda adalah layak untuk terima suntikan vaksin, sebaiknya anda terima vaksinasi tersebut sebab kesan perlindungannya adalah melebihi kesan sampingannya. Selain itu, memandangkan kes covid baru-baru ini amat tinggi, suntikan vaksin dapat membantu anda mengurangkan risiko jangkitan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor anda atau jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini