
Sulit
4 tahun
Alami Meniere Disease dengan keadaan yang tidak seimbang
Saya mengalami Meniere Disease sejak beberapa bulan yang lalu. Penyakit tersebut tidak diketahui puncanya. Saya dapat tahu melalui doctor pakar yang merawat saya. Setiap hari saya perlu memakan ubat yang disyorkan oleh doktor. Pertanyaan saya ialah, adakah perawatan lain untuk saya menghilangkan sakit selain makan ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu Meniere’s disease. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaliran cecair yang tidak betul, mungkin kerana tersumbat atau kelainan anatomi
- Tindak balas imun yang tidak normal
- Jangkitan virus
- genetik atau sejarah keluarga
Disini kami nasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan yang disarankan oleh doktor bagi menyelesaikan masalah ini.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda