
Sulit
5 tahun
Alanine transaminase
Hi doc, saya ni sedang mengandung. Haritu kencing saya protein 3+ dan sudah ambil kencing24jam dan ujian darah buah pinggang. Result dah keluar . Darah buahpinggang ok cuma result hati yg tk okay. ALT saya 59 . Adakah terlalu tinggi dan kenapa ianya berkaitan dgn hepatitis? Adakah sangat bahaya? Saya sgt sedih dan stress bila dpt thu .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saya tidak boleh mengulas dengan penuh tanpa keputusan keseluruhan darah dan air kencing anda. Namun, bagi wanita hamil, terdapat pelbagai sebab kepada ALT yang meningkat. Ia boleh disebabkan masalah pre-eclampsia iaitu tekanan darah tinggi yang melibatkan buah pinggang, radang hati.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.