
Sulit
4 tahun
Alat sulit anak saya jadi mcm belon adakah ini abnormal
Anak lelaki saya berumur 2 tahun sekarang masalah yg hadapinya alat sulit menjadi belon tapi anak sy tidak rasa kesakitan n masa buang air kecil pada alat sulitnya tapi benda ini abnormal ka harap dpt penjelasan terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan penerangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai alat sulit yang membengkak tanpa rasa sakit dan tidak mempengaruhi ketika membuang air kecil. Untuk makluman anda, perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara pada waktu umur bayi iaitu:
- Penyakit keradangan alat sulit (Balanitis) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau kulat. Ini selalu datang dengan keruaman lampin yang disebabkan oleh kebersihan kawasan celah kangkang yang kurang terjaga
- Jangkitan HPV yang dijangkit oleh ibu ketika mengandung. Namun, perkara ini jarang berlaku
- Masalah kelenjar limpa atau pengumpulan cecair pada alat sulit (penile edema)
Kami sarankan anda berjumpa dengan pakar sakit kanak-kanak yang berdekatan bagi mendapatkan punca masalah yang tepat mengenai masalah anda serta mendapatkan rawatan yang sesuai. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.