
Sulit
4 tahun
Alat sulit keluar darah sedikit dan kencing sakit apa bila nak akhir
Saya ada masalah darah keluar sedikit dari fajar sudah 2 kali jadi seperti ini dan sekarang sy mengalami masalaah kencing sakit apabila air kencing saya nak hbis… apa kah saya ada masalah dalaman… boleh tolong bagi pencerahan… terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Penyakit keradangan pada salur kencing seperti Urethritis
- Keradangan pada prostat ( Prostatis )
- Keradangan pada pundi kencing ( Interstitial Cystitis )
- Jangkitan kuman (Sexual transmitted infections)
- Jangkitan kulat
- Masalah otot pelvis yang mengawal saluran kencing
- Penyakit keradangan pelvis (PID) - hasil dari jangkitan STI
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes mellitus
- Jangkitan kuman pada buah pinggang
- Penyakit keradangan pada buah pinggang
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah anda kerana perkara ini boleh menjadi perkara yang serius jika tidak diberi perhatian.
Sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Keletihan dan tidak bermaya
- Demam
- Keruaman pada alat sulit atau kulit
- Kegatalan pada ruang alat sulit
- Sakit bahagian bawah perut
- Kencing berdarah atau mengeluarkan lendiran yang aneh.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah