
Sulit
4 tahun
Alergic di kawsan muka
Umur sy 47th. Spnjg usia sy x pernah alaham trhadap sbrg mknn. 2 bulan yg lepas sy mkn coklat yg didalamnya ada badam
Slps itu muka sy mjdi merah2 dan gata tp sekitar muka shj. Sy tidak menukar skin care. Sjak itu sy tak boleh terslah mkn. Kesannya akan naik bintat di muka dan tmpat yg sama. Apa perlu sy buat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- EKzema
- Psoriasis
- SLE
Anda disarankan untuk mengelakkan bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.