
Sulit
4 tahun
Alhamdulillah hari ini sihat
Assalamualaikum dan selamat pagi Doctor, saya maslina berasal dari Negeri Sabah (Daerah Kunak) ingin bertanyakkan berhubung nCovid19.
Kami sekeluarga telah merancang untuk bercuti dalam Negeri kami sendiri iaitu ke Kundasang, perluka kami membatalkan percutian kami ekoran sudah ada kes posotive nCovid19 yang berlaku dalam Negeri kami.?, mohon nasihat dan pejelasan daripada Doctor berhubung nCovid19 khususnya Negeri Sabah.
Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Oleh kerana wabak coronavirus yang sedang menular kini, sebaiknya anda tidak melawat ke tempat yang banyak orang. Namun, sekiranya anda pergi, disarankan untuk sentiasa mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga anda sekeluarga sentiasa selamat. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini