
Sulit
3 tahun
Am I having an anxiety?
Hi doctor. Sebelum ini saya pernah mengalami simptom heart palpitation & severe hand tremor. Saya telah berjumpa doctor & disarankan untuk membuat ujian darah untuk hyperthyroid. Saya telah membuat ujian darah sebanyak 3 kali dan level hormon saya normal. Doctor telah prescribed propranolol untuk heart palpitation tapi saya berhenti mengambil selepas sebulan kerana mengalami kesan sampingan (sakit kepala, sakit dada). Based on the blood test result, pada mulanya doctor merasakan saya mengalami iron deficiency anemia, prescribed saya dgn iberet folic sehingga saya mengalami iron overload. Kemudian saya disahkan mempunyai thalassemia minor. Walaubagaimanapun, saya masih berterusan mengalami heart palpitation, mild hand tremor, cepat letih, brain fog & semakin pelupa. Keadaan ini sangat memgganggu saya. Saya telah dua kali mengambil ujian DASS secara online ( 2019 & 2021) dan kedua-dua nya menunjukkan tahap anxiety yang teruk (15). Adakah simptom saya boleh dikaitkan dengan anxiety & adakah saya dinasihatkan untuk mendapatkan penilaian lanjut dengan pakar berkaitan? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, kami faham serta bersimpati dengan situasi anda sekarang. Sepertimana yang anda tahu, simptom jantung laju dan bergetar pada tangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Kini anda risau jika gejala ini adalah disebabkan oleh masalah anxiety. Kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, DASS adalah kumpulan soalan lapor kendiri bagi mengukur situasi emosi negatif dalam keadaan depresi, anxiety serta stress. Ia juga bertindak sebagai ujian saringan awal bagi membantu doktor atau psikiatri memahami emosi pesakit. Skor bahagian anxiety sebanyak 15 menunjukkan tahap keresahan sederhana yang boleh dirujuk kepada pakar psikiatri.
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar psikiatri ataupun ahli terapi/kaunsellor supaya masalah anda dapat ditangani dengan segera.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara peribadi dan sulit bersama doktor pakar psikiatri kami. Anda juga boleh menghubungi talian di bawah untuk khidmat nasihat.
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)
- Support group
- Therapeutic assessment
- Circle time and support programmes
- Islamic spiritual therapy
- Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.