
Sulit
3 tahun
Ambil darah/ derma darah
Dr. Saya berumur 40 tahun. Dan akan menerima dos Vaksin kedua. Saya ingin bertanya untuk kepastian. Boleh ka seseorang penerima dos Vaksin menderma darah atau di ambil darah bagi tujuan pemeriksaan kesihatan. Itu ja soalan saya doktor. Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda ingin mengetahui sama ada ambil darah ataupun menderma darah dibenarkan selepas mengambil vaksin. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Derma darah ataupun mengambil darah adalah selamat untuk orang dewasa yang sihat. Peralatan bersih dan baru digunakan untuk setiap prosedur. Sesetengah orang mungkin merasa mual, ringan kepala, atau pening setelah menderma darah. Sekiranya ini berlaku, ia hanya akan dialami beberapa minit. Anda boleh berbaring dengan kaki sehingga anda berasa lebih baik.
Anda juga mungkin mengalami pendarahan ringan di tempat jarum dimasukkan. Menekan tekanan dan mengangkat lengan anda selama beberapa minit biasanya akan menghentikan pendarahan. Anda mungkin mengalami lebam di bahagian ini.
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Kami memerlukan maklumat tambahan mengenai status kesihatan anda sebelum menentukan sama ada anda boleh melakukan prosedur ini ataupun tidak. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini