
Sulit
3 tahun
Ambil ubat seleps vaksin
Hi doct. nak tanya… Ble ka ambil ubat cacing(Zentel) selepas seminggu vaksin pfizer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ambil ubat Zentel selepas vaksin, ia tidak akan berkesan fungsi masing-masing. Selain itu, kesan sampingan umum Zentel adalah demam, sakit perut, cirit-birit, sakit kepala, pening, loya dan muntah, keguguran rambut dan lain. Biasanya gejala ini akan menyembuh diri dalam jangka sekurangnya 1 minggu lebih tanpa ubatan lain.
Tambahan pula, kesan sampingan umum vaksin adalah, sakit dan bengkak pada tempat suntikan, demam, sakit otot atau sakit sendi, sakit tekak, loya dan muntah, kelesuan dan sakit kepala.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini