
Sulit
3 tahun
Ambil vaksin selepas sembuh covid 19
Hi saya baru sahaja disahkan positif covid 19 pada 18hb julai dan telah habis kuarantin pada 28hb julai…sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk mendapatkan vaksin, bila agaknya tempoh sesuai untuk saya ambil vaksin ye. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, JKJAV telah mengumumkan bahawa bekas pesakit Covid19 boleh mengambil vaksin setelah sembuh daripada jangkitan virus Covid-19 dan tidak perlu menunggu 90 hari untuk mengambil vaksin. Oleh itu, anda boleh mendapatkan vaksin secepat mungkin. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin. Anda boleh menghubungi doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini