
Sulit
3 tahun
Ambilan ubat alahan Glencet selepas vaksin Sinovac
Sy berumur 31thn,sy telah mendapatkn vaksin Sinovac pd hari Rabu 16 June 2021. Selepas vaksin sy okey xmempunyai apa2 mslh.
Utk makluman,sy memang mempunyai alahan dengan habuk dan serangga. Sy nk tnya, boleh ke sy ambil ubat alahan Glencet? Atau sy perlu tunggu beberapa hari lg. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarakan pertanyaan anda, anda ingin mengetahui sekiranya anda boleh mengambil ubat alahan setelah menerima vaksin Sinovac pada 16 June 2021. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Untuk pengetahuan anda, kajian mendapati bahawa penggunaan ubat anti-histamine atau anti-radang adalah selamat untuk digunakan pada mereka yang telah mendapat vaksin COVID-19.
Namun begitu, setiap penggunaan ubat bagi menangani gejala atau penyakit yang khusus dinasihatkan untuk merujuk ke doktor terlebih dahulu.
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini