
Sulit
4 tahun
Anak 2 tahun 9 bulan kerap kencing
Doc. anak perempuan sy telah diajar utk pampers free pada usia 2thn 4bulan. dia boleh bg tahu kalau hendak ke tandas. skrg pd usia 2thn 9 bln tiba2 dia jd kerap kencing dan beri tahu bila dh terkencing sedikit kemudian sambung kencing di tandas. masalah ini sering terjadi terutama pada musim hujan adakah kerana cuaca yg dingin dan adakah ia normal atau tanda2 penyakit buah pinggang? sy sangat susah hati. pengasuh meminta supaya dia dipakaikan pampers semula. terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda bimbangkan terhadap masalah yang dihadapi oleh anak perempuan anda yang kerap kencing sejak kebelakangan ini. Anak anda juga selalu terkencing sedikit sebelum sempat sampai ke tandas dan hal ini menyebabkan anda risau jika ini merupakan tanda tanda penyakit buah pinggang.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, masalah anak bukanlah kerap kencing tetapi terkencing dalam seluar walaupun sebelum ini telah berjaya dilatih.
Perbezaan antara keduanya adalah perlu kerana apabila masalah adalah kerap kencing , antara puncanya ialah masalah kencing manis atau jangkitan kuman pada saluran air kencing.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika dia terkencing dalam seluar, kaji semula masalah ini dari mula. Anda disarankan untuk tidak memarahi anak anda kerana ini bukan disengajakan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian :
Apakah yang berlaku dalam tempoh 2 -3 minggu lepas sebelum masalah ini terjadi?
Sebagai contoh – adakah terdapat kejadian yang tak diingini di tandas menyebabkan anak takut ke tandas?Adakah ini berlaku sepanjang masa atau waktu tertentu / tempat tertentu? Contohnya hanya berlaku di rumah tetapi tidak berlaku di sekolah? berlaku pada waktu sekolah sahaja atau waktu hari minggu?
Adakah ada masalah lain? seperti kencing sakit yang mungkin menandakan ada jangkitan pada saluran air kencing, atau hilang selera makan , sering termenung dan tidak seceria dulu – mungkin masalah buli atau dimarahi di sekolah. Adakala anak anda menahan kencing sepanjang di sekolah mungkin kerana takut ke tandas / terdengar cerita2 menakutkan dan tidak dapat lagi menahan dan terkencing dalam seluar?
Adakah dia menyedari dia terkencing atau tidak? Anak puan diam apabila ditanya mengapa tidak mahu ke toilet. Cuba cara ini - Panggil dia ke bilik dengan lembut , beritahu dia anda sayang padanya dan tidak akan marah walaupun apa yang diberitahu, tanya jika ada masalah samada di sekolah atau di rumah dan beri perhatian padanya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.