dae_kajol
4 tahun
Anak 2 tahun batuk berdarah
Salam. Anak saya yang berusia 2thn 3 bln demam sudah hampir seminggu. Bermula dgn gusi bengkak dan ulser di lidah. 2 hari lepas start batuk teruk. Tadi saya sudah bawA ke klinik dan doktor beri neb. Kata doktor dia dehidrated n tekak bengkak. Baru ini anak saya batuk bersama lendir dan darah. Adakah ini berbahaya? Mungkinlah ini simptom sebarang penyakit? Thank you.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda.Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa penyebab batuk berdarah. Antaranya:
Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
Jangkitan paru-paru
Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Adalah amat disarankan untuk anda berjumpa kembali dengan doktor jika gejal gejala tidak sembuh dengan sepenuhnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.