
Sulit
3 tahun
Anak 2 tahun demam di kepala saja dana cirit birit
Hello doctor. Saya seorang ibu dan anak saya hari ini genap 2 tahun. Tapi kemarin dan sampai hari ini anak saya itu kepalanya panas dan di lehernya juga tapi badannya tidak terlalu panas. Saya sudah periksa suhu 37.8 itu yang paling tinggi suhunya. Dia juga cirit birit. Najis nya tu cair. Anak saya juga makannya sedikit saja. Tapi dia kuat minum air. UNTUK PENGETAHUAN ANAK SAYA BARU SAJA SEMBUH DARI SELESEMA TIDAK DEMAM. TAPI SUDAH SEMBUH SELESEMA SEKARANG BARU BADANNYA PANAS. Doktor mohon pejelasannya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan kebawah mempunyai purata kekerapan untuk mengeluarkan air besar sebanyak 3-5 kali sehari, bergantung pada umur mereka. Namun, ia juga boleh menandakan sebagai cirit birit yang berlaku disebabkan oleh beberapa masalah penghadaman atau pun usus.
Jika anak anda mempunyai najis yang cair dan longgar, serta berlaku beberapa kali sehari, ia boleh menandakan bahawa anak anda menghadapi cirit-birit.
Cirit-birit serta demam boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan virus pada usus seperti Rotavirus
- Jangkitan bakteria seperti Salmonella .
- Keradangan pada usus ( Gastroenteritis ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun alahan makanan
- Alahan atau keracunan makanan
- Penyakit pencernaan usus seperti ketidakbolehan untuk toleransi gluten ( Celiac disease )
- Dehidrasi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.