
Sulit
4 tahun
Anak 3 bulan X buang air besar
Anak saya 3 bulan ampir seminggu tidak buang air besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Secara umumnya sembelit dapat dikaitkan dengan kondisi di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kekerapan membuang najis adalah sangat tidak kerap. Berdasarkan kajian, frekuensi pembuangan najis untuk pelbagai peringkat umur adalah seperti berikut:
- Bayi yang menyusu badan mungkin membuang air besar selepas setiap penyusuan atau sekali dalam tempoh 7 hari.
- Bayi menyusu formula atau kanak-kanak mungkin membuang najis sekali setiap 2-3 hari.
Namun perlu difahamkan konsistensi najis (i.e. keras, lembik, cair, warna tidak normal) lebih cenderung di perhatikan berbanding kekerapan si kecil membuang air besar. Selain itu masalah ini sering terjadi di kalangan bayi antaranya:
- bayi yang sedang belajar mengawal pembuangan najis
- faktor trauma
- masalah pencernaan
- atau gangguan lain yang memerlukan pemeriksaan doktor
Ingin juga disampaikan bahawa, seorang ibu lazimnya mampu memberikan susu ibu sehingga anak bayi mencecah umur 6 bulan (sekiranya tidak terdapat masalah kesihatan). Pemberian susu ibu adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang jauh lebih baik dari susu formula (susu tepung).
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anak anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat sekiranya gejala berlarutan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.