
Sulit
3 tahun
Anak 3 tahun mengalami masalah sukar membuang air besar dan sembelit
ANAK SAYA BERUMUR 3 TAHUN … ANAK SAYA MENGALAMI MASALAH MEMBUANG AIR BESAR YANG AGAK LAMA DAN NAJIS KERAS. KADANG KALA ANAK SAYA MENYATAKAN DIA MRNGALAMI SAKIT PERUT DI SEBELAH KIRI. JADI ADAKAH ANAK SAYA MENGALAMI MASALAH YANG SERIUS? APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kesukaran untuk membuang air besar yang dihadapi oleh anak anda yang berumur 3 tahun. Untuk makluman anda, ini mungkin boleh disebabkan oleh masalah pencernaan atau masalah peristalsis usus anak anda yang boleh dipengaruhi oleh permakanan serta faktor tumbuh besaran sejak lahir. Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya masalah berak yang boleh berlaku pada usia bayi, iaitu:
- Tabiat menahan air besar. Ini boleh disebabkan oleh tabiat anak anda untuk malas ke tandas atau terbiasa tidak kerap membuang air besar kerana ingin bermain.
- Masalah latihan tandas pada bayi. Anak anda tercederung untuk menjadi degil untuk membuang air sehingga menjadi kebiasaan
- Kurang nutrisi fiber dalam permakanan
- Perubahan rutin, seperti ketika melancong.
- Alahan pada susu lembu
- Keturunan
- Masalah usus dalaman seperti struktur usus abnormal yang tersumbat, masalah pencernaan, dan juga jangkitan kuman pada usus.
Walaubagaimanapun, anda boleh mencuba yang berikut bagi mengurangkan masalah sukar untuk membuang air besar:
- Elakkan memberi anak anda susu lembu untuk sementara waktu
- Perbanyakkan kandungan fiber dalam pemakanan anak.
- Banyakkan vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (pastikan dicuci dengan seeloknya)
- Tingkatkan aktiviti fizikal anak anda
- Berikan anak anda air yang secukupnya
- Berikan sedikit ganjaran kepada mereka setelah membuang air besar untuk menjadikan rutin.
Sila hubungi kami secara atas talian sekiranya anda atau pasangan mempunyai sebarang keraguan tentang perancang kehamilan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor