Sulit
2 tahun
Anak batuk batuk selepas positive covid
Anak saya telah positive covid beberapa minggu lepas,keadaan dia agak teruk dan di reffer ke Hospital.Dia baru saja keluar dari pusat kuarantin pada 24/9/2021 dan masih batuk2.Saya telah membelanjakan wang untuk beli beberapa jenis supplement dan makanan berkhasiat.saya juga telah beli difflam utk batuk dan tadi telah beli ubat batuk utk kanak2. saya agak risau sebab hari tu batuk dia stop.Tapi datang lagi.help me doctor apa mesti saya buat
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sesetengah bekas pesakit covid akan mengalami gejala keadaan pasca covid selama beberapa minggu hingga berbulan. Contoh gejalanya ialah kelesuan, kelemahan, batuk, sukar tarik nafas, sakit otot atau sendi, berdebar-debar, sukar tidur dan selainnya.
Punca penyebabnya mungkin berkaitan dengan status kesihatan dan kekuatan badan seseorang, doktor dan saintis masih membuat penyelidikan mengenai sebab-sebab sebenarnya.
Sekiranya gejala anak anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anak anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini