
yarn_tie120
5 tahun
Anak Batuk berpanjangan
Anak saya berumur 2 thun 9 bulan mengalami batuk hampir sebulan lebih…saya sudah berjumpa doktor dan diberitahu anak saya mgkin kena batuk asma…sbb anak saya batuk hanya pda waktu2 tertentu,contohnya ada yg die batuk waktu pagi (3 hari berturut2 , kkdg waktu mlm…batuknye hanya sekejap2 shj tp x sembuh2…setiap hri akan ade waktu2 die batuk wlupun sekejap…anak sye diberi ubat salbutamol dan prednisolone serta ubat cegah
lelah serbuk serta diberi neb selama 3 hari pada waktu mlm…selepas makn ubat tu batuk anak sye berkurangan tetapi masih lagi batuk sehingga sekarang…adakah batuk anak sya ni berbahaya ye doktor dan perlu dirujuk di hospital?terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Memandangkan anda telah membawa anak anda berjumpa doktor dan telah mendapat diagnosis asma, sekiranya masalah telah berkurangan, kemungkinan besar masalah tersebut adalah disebabkan asma.
Bagi asma, rawatan terbaik selain ubat ialah dengan mengelakkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan asma seperti haiwan peliharaan iaitu kucing, barangan kimia seperti serbuk pencuci berbau wangi, tekanan/stress dan macam-macam lagi. Anda perlu mengenalpasti apakah yang menjadi faktor muncul asma anak anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.