
Sulit
3 tahun
Anak batuk / selesema dekat 2 bulan
Saya ada anak lelaki berumur 5tahun. Dia tidak demam tetapi batuk dan selesema dia dah hampir 2 bulan masih tak baik. Kami juga sudah pergi ke klinik berkali2 dan mengambil nap. Kami jadi takut dan tak pasti apa lagi perlu dilakukan. Anak saya masih aktif dan tidak ada menunjukkan tanda tidak sakit. Apa yang perlu kami lakukan atau ada cara yang boleh kami lakukan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Umumnya batuk dan selsema yang berterusan boleh disebab oleh beberapa masalah, antaranya:
- alahan terhadap makanan, suhu atau persekitaran
- gangguan cemas atau tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan struktur saluran pernafasan
- jangkitan paru-paru (tuberkulosis)
- jangkitan saluran pernafasan (faringitis, orofaringitis, laringitis, sinusitis, dll.)
- jangkitan kuman (i.e. pertussis)
Kami menyarankan anda untuk berjumpa dengan doktor secepatnya, sekiranya:
- gejala berterusan atau bertambah
- terdapat gejala tambahan (sakit kepala, mual, sesak nafas yang berat, dll.)
- gejala saat ini mengganggu rutin harian anda
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.