
balqis3591
6 tahun
Anak batuk tak sembuh2
Hi doctor!
Nak tanya, anak saya umur 1tahun 7bulan. Minggu lepas hari rabu baru discaj dari wad sebab atypical pneumonia. Masa keluar wad ada dibekalkan antibiotik. Dan dos antibiotik yg diberi dah habis hari ahad baru ni.
Tapi, batuk anak saya still tak sembuh. Perlu ke saya bawa anak saya ke hospital semula atau memang ambil masa untuk sembuh?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, dos antibiotik hanya diberikan untuk keas tertentu dan untuk tempoh yang ditetapkan sahaja. Namun begitu, habisnya dos antibiotik tersebut tidak bermakna anak anda akan terus sembuh. Masalah seperti batuk akibat pneumonia memerlukan lebih masa untuk sembuh.
Sekiranya batuk anak anda masih berlarutan atau disertai dengan gejala lain seperti demam dan gejala lain yang
membimbangkan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!