
Sulit
5 tahun
Anak bernafas di mulut
Assalamualaikum dan salam sejahtera , Anak saya berumur 1 tahun 5 bulan saya perasan anak saya sering bernafas menggunakan mulur berbanding hidung dia… adakah normal?hidung anak saya ok tiada flu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasaannya pernafasan melalui mulut dalam kalangan kanak-kanak berlaku ketika perkara berikut:
- hidung tersumbat
- Tonsil besar
- Adenoid besar
- ketumbuhan polip di hidung
Pernafasan melalui mulut dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan pelbagai perkara seperti gigi tidak teratur, kurang tumbesaran, bibir kering sehingga pecah dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi diatas.Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.