
Hayati
6 tahun
Anak berumur 2 tahun, ada banyak tompok-tompok putih di mulut
Hii Doc, saya ada seorang anak berumur 2 tahun. Saya perasan mulut dia ada banyak tompok-tompok putih dan dia selalu menangis lebih daripada biasa. Dan kadang-kadang ada bau yang tak menyenangkan. Kenapa ya doktor? kesian saya tengok dia. Ada tak ubat-ubat ke yang saya boleh bagi dia makan?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Mengikut penerangan ringkas yang diberi oleh puan, dapat saya andaikan bahawa anak puan menghidap jangkitan kulat yang dinamakan Kandidiasis. Untuk memberi penerangan yang lebih jelas, kulat ini dinamakan Candida albicans dan sebenarnya ia merupakan hidupan normal yang boleh didapati dari mulut semua orang.
Walaubagaimanapun, oleh kerana anak puan masih kecil dan tidak mempunyai daya ketahanan tubuh yang tinggi, jumlah kulat ini boleh bertambah secara tidak normal seterusnya mengakibatkan jangkitan ini.
Kulat yang sama juga boleh bertanggungjawab kepada berlakunya ruam lampin untuk bayi dan jangkitan pada alat kelamin wanita, khusunya wanita yang hamil. Selain itu, ia juga biasa terjadi kepada warga emas, individu yang mengambil antibiotik pada waktu yang lama, pesakit kanser yang menjalani kemoterapi dan orang yang menghidap HIV.
Seperti yang telah dijelaskan oleh puan, situasi yang dialami anak puan tersebut merupakan antara simptom kepada jangkitan kulat ini. Adalah dinasihatkan untuk puan segera membawa anak puan untuk berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital kerajaan mahupun swasta bagi memastikan dia mendapat rawatan yang secukupnya.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, kami mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami kandidiasis mulut. Kira-kira separuh populasi masyarakat membawa organisma kulat Candida di dalam mulut mereka tanpa menyebabkan sebarang simptom.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan risiko kandidiasis mulut meningkat untuk anak anda. Faktor ini boleh dibahagi kepada faktor setempat dan faktor sistemik. Faktor setempat ialah seperti mulut kering, penggunaan kortikosteroid, pengambilan ubat antimicrobial spectrum luas. Faktor sistemik pula ialah malnutrisi, anemia dan sistem imun yang lemah.
Anak anda kemungkinan mengalami kesakitan akibat masal ini, oleh itu dia sering menangis sejak dijangkiti. Untuk mendiagnosa kondisi ini, anda perlu berjumpa dengan doktor dengan segera. Doktor akan mengambil calitan daripada tompok di mulut untuk mengenal pasti organisma dengan tepat.
Rawatan untuk kandidiasis mulut bergantung kepada penemuan klinikal oleh doktor dan juga faktor yang menyebabkan kondisi ini kepada anak anda.