
Sulit
3 tahun
Anak berusia 2 tahun 9 bulan kerap muntah
Anak saya berusia 2 tahun 9 bulan kerap muntah sebelum tidur. Walau bagaimanapun, anak saya masih aktif, tidak demam dan boleh makan minum. Anak saya akan batuk berterusan dan akan keluar muntah yang banyak. Adakah ianya normal? Saya sudahpun membawa anak saya ke KK berhampiran untuk mengambil ujian darah. Keputusannya normal dan tidak menunjukkan penyakit. Saya amat risau dengan keadaan anak saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, apabila anak anda muntah, kandungan perutnya dipaksa naik ke esofagus dan keluar melalui mulut. Muntah bukan penyakit, tetapi suatu gejala. Ada kalanya ia adalah tanda gangguan atau penyakit tersembunyi. Anak-anak kecil biasanya akan muntah beberapa kali pada tahun awal usianya. Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh penukaran susu formula atau jangkitan kuman. Jangkitan yang biasa dialami oleh kanak-kanak ialah seperti gastroenteritis (disebabkan oleh virus, bakteria atau jangkitan parasit dalam saluran gastrousus), jangkitan bahagian atas saluran pernafasan dan keracunan makanan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.